Pages

TAZKIRAH HARI INI BERSAMA PRESIDENT fikir MALAYSIA




FIRMAN ALLAH DI DALAM SURAH FATIR AYAT 29 BERMAKSUD:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab ALLAH ( Al-Quran) dan melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadanya dengan diam-diam dan terang-terangan , mereka itu mengharapkan perdagangan yang tidak akan rugi.


HURAIAN

Allah SWT di dalam ayat di atas telah mengariskan TIGA pelengkap kesempurnaan iman seseorang yang ingin menjadi muslim yang sempurna. Sepertimana Rukun Islam yang LIMA, kita wajib mengambil dan mengamalkan kelima-lima rukun tersebut dan tidak boleh memilih-milih perkara yang kita suka sahaja.


Ayat di atas memerintahkan kita supaya sentiasa beristiqamah di dalam melakukan kebaikan dan kebajikan. Allah menyeru supayaa kita SELALU membaca kitabNya. Perkataan SELALU sengaja diangkat oleh ALLAH bagi menunjukkan pembacaaan Al-Quran hendaklah dilakukan selalu dan bukan bermusim atau kadaang-kadang sahaja. Allah yang mencipta manusia, maka itu tentulah ALLAH MAHA MENGETAHUI apakah makanan minda dan jiwa bagi manusia yang paling lazat. Makanan tersebut tentulah SELALU membaca Al-Quran.

Perkara kedua yang disentuh ALLAH melalui ayat tersebut ialah perintah melakukan atau melaksanakaan ibadah solat. Solat yang sempurna sudah tentulah akan menjaga diri kita dari disambar api neraka kelak. Ibadah ini merupakan tiang agama yang tidak boleh dipandang ringan dan hendaklah dilaksanakan sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Ibadah solat juga adalah satu TANGGUNGJAWAB yang WAJIB dilaksanakan tanpa sebarang alasan.


Allah juga menyeru manusia agar MENGINFAKKAN atau mengeluarkan sedekah dari sebahaagian REZEKI yang telah Allah anugerahkan kepada manusia. Amalan bersedekah ini akan melipatgandakan rezeki kita,memanjangkan usia kita,dan membuatkan datangnya 'kelazataan' iman yang cuma akan diketahui oleh orang yang telah mengamalkan amalan bersedekah/menginfak ini secara istiqamah. Cabaran terbesar bagi orang yang ingin mengamalkan ibadah bersedekah ini sudah tentulah bisikan syaitan yang tidak senang dengan amalan baik yang sangat diberkati Ilahi ini. Maka itu, hulurkanlah sedekah/infak anda hari ini juga ,tidak kira kecil atau besar jumlahnya.....Wallahualam....

No comments:

Post a Comment